Parit Perak – Moh Membawang

Selepas Pertandingan Masak Cucur - Kg. Senin, Parit - 18.07.2020

Kg. Senin, Parit terletak lebih kurang 60 minit (45km) dari bandaraya Ipoh melalui Jalan Tambun, Medan Kidd, Falim, Menglembu, Pusing, Siputeh dan Pekan Parit.

Pada 18 Julai 2020 pukul 3.00 petang, satu program memupuk-eratkan penduduk tempatan yang disertai oleh Wanita UMNO daripada Kg. Senin, Kg. Baru Layang, Kota Pagar dan Kepala Pulau anjuran Wanita UMNO Bahagian Parit di langsungkan di perkarangan Rumah Sdr Ahmad Shamil Ketua Pemuda UMNO Bhg. Parit di Kg. Senin.

Program ‘Moh Membawang’ ini berobjektif untuk memberi makna kepada perkataan ‘membawang’ dimana, komuniti-komuniti tempatan  bersama memasak, makan, bertukar pandangan dan berbincang perkara-perkara yang memberi manfaat kepada komuniti masing-masing.

Pasukan jemputan Puteri Senin dan kehadiran mereka memberi perangsang para kumpulan yang bertanding. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik walaupun hujan turun sejurus sebelum program bermula.

Acara Pertandingan Masak Cucur, Moh Membawang di meriahkan dengan hadiran Puan Asmah Laily binti Abd Rahman (Ketua Wanita UMNO Bhg. Parit), Sdr. Ahmad Shamil bin Mohamed (Ketua Pemuda UMNO Bhg. Parit merangkap KC Kg. Senin), Puan Zaitun Ismail (Naib Ketua Wanita UMNO Bhg. Parit), Puan Noor Hana binti Abu Hassan (Naib Ketua Puteri UMNO Bhg. Parit),  Puan Zaharah Ahmad (JK Zon 3) dan JK Wanita yg banyak membantu menjayakan program ini.  

Moh Membawang diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Mohd Nizar bin Zakaria, (Ahli Parlimen Parit), YB Khairul Shahril bin Mohamed (EXCO Perak) dan YB Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah (ADUN Belanja) yang menghujah perlunya lebih mengadakan lebih lagi acara-acara komuniti saperti ini untuk memberi peluang kepada rakyat untuk besama-sama dalam aktiviti komuniti bagi menyemarakkan perpaduan.

Program berakhir sebelum Solat Asar.

Galeri Moh Membawang

Kumpulan Adek Manih besama Puan Hasmawati Hasan Ongkat (tengah) 18.07.2020
Kumpulan Kepala Pulau dengan Puan Hasmawati Hasan Ongkat (tengah) 18.07.2020
Kumpulan Mak Dara Senin dengan Puan Hasmawati Hasan Ongkat (bertudung Jalur Gemilang) 18.07.2020
Kumpulan Mama Blue dengan Puan Hasmawati Hasan Ongkat (3 dari kanan) 18.07.2020
Kumpulan Palma bersama Puan Hasmawati Hasan Ongkat (tengah) 18.07.2020
Juara Pertandingan Masak Cucur - Kumpulan Mak Dara Senin dengan Sdr. Ahmad Shamil bin Mohamed 18.07.2020
Puan Asmah Laily binti Abd Rahman (bertudung merah) dengan YB Dato' Mohd Nizar bin Zakaria bersama Kumpulan Mak Dara Senin. 18.07.2020
YB Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah bersama Kumpulan Mama Blue. 18.07.2020
YB Dato' Mohd Nizar bin Zakaria (kiri) dengan Puan Asmah Laily binti Abd Rahman dan YB Khairul Shahril bin Mohamed (kanan) 18.07.2020
Dari Kiri - YB Dato' Mohd Nizar bin Zakaria , YB Khairul Shahril bin Mohamed dan YB Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah. 18.07.2020
Juara Pertandingan Masak Cucur - Mak Dara Senin besama VIPs dan JK (Puan Hasmawati Hasan Ongkat & Sdr. Ahmad Shamil bin Mohamed - Hujung dari Kanan). 18.07.2020
Selepas program komuniti 'Moh Membawang'. 18.07.2020
Dari Kiri - Puan Maimunah binti Meor Saie besama pelawat dari Ipoh, Puan Rohaida Kahar dan Puan Sivagami Subbaiah. 18.07.2020