Aida’s Ayam Rendang

Serving scrumptious meals from her Cubit Lidah Kitchen to feed her faithful friends including yours truly, Aida’s one hour ‘Ayam Rendang’ is worth waiting for. The white meat peals off on your plate, wrapped in condiments and flavourings. With 15-20 minutes pre-cooking preparation and 40 minutes on the stove, you should consider satiating yourself and your loved ones with this dining experience.


Enjoy her mother’s modified version…


Saya nak kongsikan resepi Rendang Ayam mudah dan ringkas. Walaupun ringkas, memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman.

Mudah. Orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi ni.


RESEPI RENDANG AYAM.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 12-16 (bergantung saiz ayam)

2 kotak santan (200ml)

2 sudu kerisik

2 asam keping

1 helai daun kunyit diracik halus

3 helai daun limau purut di hiris kasar

minyak untuk menumis

garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

20 tangkai cili kering

10-15 cili padi (ikut suka untuk tambah)

2 biji bawang besar

4 biji bawang merah

9 ulas bawang putih

4 batang serai

3 inci kunyit hidup

3 inci halia

3 inci lengkuas

Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan ayam. Tunggu hingga air ayam kering sedikit, masukkan santan. Gaul rata.

Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

Gaul rata dan siap.

Rendang Ayam yang sedap.